Connect with us

Oh! Media

“Cukuplah Tu, Kesian Anas & Aneesa Kena Tempias”, Keluarga Menderita Bapa Anas Mohon Maaf

Trending

“Cukuplah Tu, Kesian Anas & Aneesa Kena Tempias”, Keluarga Menderita Bapa Anas Mohon Maaf


Percaya atau tidak, sihir masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini walaupun dunia sudah memasuki tahun 2020. Demi mahu menjatuhkan ‘musuh’, ada yang sanggup buat apa sahaja termasuklah menggunakan amalan syirik ini.

ADVERTISEMENT

Dek hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada yang tergamak menggunakan cara halus atau ilmu hltam semata-mata mahu melihat orang itu menderlta. 

Seperti yang dialami oleh Mohamad Firdaus, 27, apabila dia dan keluarga terpaksa menderita selepas terkena buatan manusia yang tidak berhati perut.

Jadi cukup lah tu. Allah maha kuasa. Demi Allah, yang baik baik hanya untuk Dia, yang hina tu saya. 

Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu, penat aku tanggung, penat aku bawa. Tutup penat ni dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi, ye tak apa. Memang hina, saya terima.

Jadi cukup lah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa. Kesian Anas, kesian Aneesa. Depa kena tempias tu, depa nampak tempias ni. Kesiankanlah dekat depa. – Tulis Firdaus.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh bapa kepada Fattah Anas iaitu seorang kanak-kanak yang pernah viral pada suatu ketika dahulu di Instagram, memaklumkan bahawa dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara perbuatan slhir. 

Dalam kesempatan itu, bapa Anas meluahkan rasa terkilan kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian. Selain itu, dia sempat memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

Firdaus mengakui bukan dirinya sahaja yang menanggung derita sebaliknya anak-anaknya juga turut terima tempias. 

Sementara itu, bapa Anas juga merayu agar mereka yang terlibat supaya berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

Sedar tak sedar Anas macam faham akan perubahan yang berlaku. Dia nampak macam-macam, sampai pernah dia mengadu nampak kelibat ‘hantu’ tapi kami gitu-gitu je.

Semalam pergi nak cek mak, sekali scan semua. Yang lain tak ada apa, rupanya ayah yang kena. Takpe, takde hal. Memang awak dah berjaya, tapi please cukuplah tu. – Tulis Firdaus di Insta.

Semoga keluarga Fattah Anas dalam keadaan yang baik-baik saja. Ingatlah yang jahat takkan senang selamanya dan yang baik takkan susah selamanya.

Kredit: fattahanas_boyyeah

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas