Connect with us

Oh! Media

Cubaan Wanita Terjun Dari Tingkat 32 Kondominium, Tertekan Kerana Hilang Pekerjaan

Trending

Cubaan Wanita Terjun Dari Tingkat 32 Kondominium, Tertekan Kerana Hilang Pekerjaan

Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi segelintir individu sejak pandemik ini. Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki cuba untuk terjun daripada tingkat 11 di sebuah pangsapuri disebabkan tiada pekerjaan.

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11 Tertekan Tiasa Pekerjaan, Hidup Sebatang Kara 

Namun, kali ini berlaku satu kes yang sama oleh seorang wanita yang cuba untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh, Selangor akibat tertekan kerana diberhentikan kerja.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bertindak pantas dengan memujuk dan menyelamatkan mangsa daripada melakukan tindakan yang berbahaya itu.

Norazam Khamis selaku Pengarah JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.52 malam, semalam.

Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi dan didapati seorang wanita sedang berada di tepi bangunan tingkat 32 bangunan itu cuba untuk membunuh diri

Pemasangan tali keselamatan sebagai langkah persiapan daripada pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa dan pihak bomba berjaya memujuk wanita berkenaan ke kawasan yang selamat.

Mangsa melakukan tindakan sedemikian dipercayai mengalami masalah peribadi kerana kehilangan pekerjaan dan dihalau dari rumah sewa.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas