Connect with us

Oh! Media

Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Tepung Gandum Tumpas

Trending

Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Tepung Gandum Tumpas

Cubaan sindiket penyeludupan minyak masak dan tepung gandum ke Thailand menggunakan bot galah tumpas apabila berjaya dikesan pihak berkuasa di stor tepi Sungai Golok.

ADVERTISEMENT

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan operasi berkenaan dan berjaya merampas 1,003 kilogram minyak masak dan 200 kilogram tepung gandum di dalam dua buah kenderaan di Kampung Bunohan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri, berkata pihaknya dibantu anggota Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) mengekori dua kenderaan jenis Perodua Viva serta Proton Saga selepas kenderaan berkenaan ditahan di sebuah sekatan jalan raya (SJR), di sini.

“Kedua-dua pemandu menyedari mereka diekori dan memberhentikan kenderaan sebelum melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan di bahu jalan di Kampung Bunohan. Pemeriksaan dalam dua kenderaan mendapati ia dipenuhi sejumlah kotak yang mengandungi minyak masak serta tepung gandum yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Hasil siasatan awal, kami percaya mereka membuat belian secara persendirian dengan mendapatkan bekalan dari pemborong sekitar seterusnya menjadikan stor di sempadan negara di laluan sungai sebagai tempat simpanan sementara sebelum barangan itu diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,777.50 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azanizam berkata, permintaan yang tinggi dari negara jiran menyebabkan penyeludup berani mengambil risiko yang tinggi.

Oleh itu, pihaknya bersama agensi penguatkuasaan sempadan yang berkaitan sentiasa bekerjasama dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan barang kawalan ke negara jiran.

“Kami memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja yang melakukan penyelewengan terutamanya berhubung barang kawalan.

“Kerjasama bersama agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan barang kawalan yang diseludup ke negara jiran dapat dibanteras serta memastikan pengguna dapat menikmati subsidi yang dibekalkan kerajaan,” katanya.

Kredit : BeritaHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas