×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Cubaan Balik Kampung Naik Bas Tak Kesampaian

Oh! Tidak

Cubaan Balik Kampung Naik Bas Tak Kesampaian

Dua lelaki dikenakan kompaun masing-masing RM 1,000 selepas didapati melangggar peraturan larangan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena perayan Tahun Baru Cina di sekatan jalan raya Kampung Asap, Bentong, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kedua-dua individu masing-masing berumur 21 dan 29 tahun berkenaan gagal mengemukakan dokumen kebenaran merentas negeri daripada pihak berkuasa.

Pihak polis telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas pengangkutan awam yang datang daripada Selangor menuju Kelantan.

Melalui pemeriksaan berkenaan, seramai 23 penumpang telah diperiksa dan didapati dua individu tempatan tidak dapat mengemukakan dokumen rentas negeri yang sah. – Jelasnya dalam satu kenyataan. 

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu dikompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Perkara 16 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan boleh dikompaun sebanyak RM1,000.

Sejurus itu, polis akan meningkatkan lagi pemeriksaan ke atas pengangkutan awam khususnya bas ekspress kerana cara ini digunakan oleh mereka yang nekad dan cuba untuk merentas negeri tanpa kebenaran daripada pihak polis.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top