Connect with us

Oh! Media

‘Tengok Orang Meninggal Depan Mata’ – Pengalaman Sebenar Pesakit Covid-19 Di Wad Kritikal

COVID-19

‘Tengok Orang Meninggal Depan Mata’ – Pengalaman Sebenar Pesakit Covid-19 Di Wad Kritikal

Angka peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara kita pada hari ini semakin membimbangkan. Malah, kerajaan telah melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung penularan wabak.

ADVERTISEMENT

Di Facebook, seorang pesakit berkongsi pengalaman dimasukkan ke wad selepas mengalami simptom jangkitan. Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat lebih 39k shares.

This is my covid-19 journey. On 24th December 2020, I got the first covid symptoms, demam. Body temperature tak ada la terlampau panas sangat, paling tinggi 38 macam tu. I pergi klinik, ambil ubat demam and standby ubat batuk terus, sebab masa tu dah mula rasa tak sedap dada. 3days after, rasa macam tekak tu a bit dry. Tak sakit tapi dry. And start berpeluh, peluh tu keluar sejuk macam ice. Lepas tu rasa macam pelik kenapa badan dah tak panas, but biji mata ni rasa macam nak terkeluar.

Menurut Wan E’reen Wan Hasan, pada 24 Disember dia mengalami simptom seperti demam dan batuk. Selepas tiga hari, tekak terasa kering dan badan berpeluh-peluh.

I still continue makan ubat pergi kerja macam biasa. Day by day I start sakit dekat belakang ni. Letak macam-macam nak bagi lega. Sakit tu still menyucuk. Then dah rasa sesak nafas teruk then lagi teruk. On 30th, kebetulan memang cuti, since rasa dah start selsema, nose dah bleeding. I buat swab test dekat private, masa tu buat RTK je. 30mins waiting, the results positive. Nak tahu apa jadi on 31st December 2020? Call KKM Petaling, dorang cakap tunggu que sebab ramai sangat. Dorang sampai cakap kalau teruk, dorang suruh I call ambulance je.

Pada 30 Disember, dia melakukan ujian calitan selepas merasa sakit badan dan sesak nafas. Hasil ujian tersebut mendapati dia positif Covid-19. Ekoran sesak nafas yang semakin serius, dia terpaksa memanggil ambulan. Semasa ujian calitan kedua di hospital, hasilnya masih positif.

I dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada i kuat-kuat sementara oxygen tu nak sambung. 2nd test, pcr dekat hospital still positive, i dah makin teruk. Dehydrated because dah banyak hari takda selera makan, hilang deria rasa dan bau. Lepas tu check jantung i semua, reading semua dah tak cantik. Then, amik darah dekat nadi, dekat nadi guys! Sakit! Doctor nk check oxygen dalam darah i cukup ke tak. Yes memang i makin teruk doctor terus increase kan bantuan oxygen dekat i lagi tinggi.

Sampai dekat hospital, 5 days i dekat ward kritikal, they monitoring me, sehari kena ambil darah 4-5x. Doktor cakap i dah masukkan you dalam list untuk masukkan di icu, if the oxygen tak boleh nak bantu, kami terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan. Masa tu ingat anak je. Serious anak dekat kepala! Gagahkan diri bangun pergi toilet walaupun masa tu doktor nak masukkan tube kencing. My blood pressure 78/50 oxygen dalam 80 lebih.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Wan E’reen memberitahu hasil imbasan paru-paru menunjukkan kuman sudah merebak sepenuhnya.

Tengok orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip colour hijau. Those yang keluar icu, dorang akan dipantau dekat ward kritikal. Bila dorang buka oxygen, serious menggelupur. Sebab dekat icu dah bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum ni. Lepas tu doktor decide nk buat scan. Nak tahu results? My right lungs dah start ada darah beku dan worst, kuman dah merebak. I dah jadi pneumonia rupanya!

Ada patient yang mengamuk, stress. Nak bunuh diri, nak balik menjerit-jerit. I dekat ward masa tu anak-anak je dekat kepala! Aku kena lawan! Kalau aku balik aku kalah, anak-anak aku tak dapat cium aku. Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28 katil! Bayangkan, dorang la nak kena bagi drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient, 5 days i dekat ward kritikal, finally.. doktor transfer ke ward biasa, tapi my bed betul-betul dekat dengan kaunter nurse. Masa tu pergi tandas sesak nafas lagi, nak bangun dari katil pun rasa sesak ini kan nak pergi tandas.

Tambahnya, keadaan di wad ketika itu sangat membimbangkan. Ada pesakit yang tertekan sehingga menjerit-jerit. Katil juga tidak pernah kosong dan 2 jururawat terpaksa menjaga sehingga 28 katil.

3 hari balik rumah rasa jugak sesak nafas, dh pneumonia kan. Badan i cramp sebelah kanan, kepala sakit bila tak cukup oxygen. So now memang betul-betul rest dekat katil. So guys, covid ni real okay! Jangan dok galak sangat gelak sana sini melancong sana sini. Time camni pun ada yang sembang pasal politic lagi. Kuman ni memang tak nampak, even though i pun tak tahu i dapat dari mana. Luckily my kids all negative. Once dia attack, MEMBUNUH! Just stay at home! Tak payah la bengang tak dapat balik kampung ke apa, yang paling bahaya, yang takda symptoms pun positive, balik kampung kena pulak dekat orang tua korang. Sanggup??

Dekat ward kritikal tu ramai org tua taw, yang ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis darah tinggi, dorang ni lagi risiko sebab covid ni attack dorang memang collapse terus. Kuat dengan tak kuat lawan je. Sebelah bed i, aunty tu kena stroke, datang sesak nafas hanya mampu gerakkan kaki sebelah dengar macam nyawa nak kena cabut! Bayangkan lah. Nurse dekat sana paling takut jaga icu! Sebab?? Sana kuman lagi worst! Dorang betul-betul sacrifice untuk kita semua, tolong la appreciate dorang. Nak solat pun terkejar-kejar. Thank you doctor and nurse at Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang.

Selepas 10 hari dirawat, dia akhirnya dibenarkan untuk pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, kesihatannya tidak seperti dulu di mana dia terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital selepas ini.

Dia turut berpesan kepada orang ramai supaya duduk di rumah kerana wabak ini bukan main-main. Paling membahayakan adalah seseorang berkemungkinan menjadi pembawa tanpa sebarang simptom.

Kredit: Wan E’reen Wan Hasan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas