Connect with us

Oh! Media

SOP PKP 3.0 Akan Lebih Ketat! Perincian Akan Diumumkan Menteri Esok

COVID-19

SOP PKP 3.0 Akan Lebih Ketat! Perincian Akan Diumumkan Menteri Esok

Sebentar tadi Ohmedia ada memaklumkan sidang media Perdana Menteri yang dikatakan akan dilakukan hari ini pada jam 9 malam adalah palsu, tetapi pihak Awani ada melaporkan yang pihak kerajaan memberi jaminan akan mengenakan SOP yang lebih ketat untuk PKP 3.0.

ADVERTISEMENT

Hari ini, Jumaat hanya berlaku perbincangan dan penelitian dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka bersetuju untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Menurut sumber media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat dan ia melibatkan kerajaan negeri dan termasuk mengambil kira keadaan ekonomi negeri masing-masing.

Perincian mengenai keputusan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada esok 22 Mei 2021.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas