Connect with us

Oh! Media

Sidang Media Pengumuman SOP Lebih Ketat PKP 3.0 Akan Diadakan Jam 5 Petang Ini

COVID-19

Sidang Media Pengumuman SOP Lebih Ketat PKP 3.0 Akan Diadakan Jam 5 Petang Ini

Satu sidang media bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijangka diadakan 5 petang, hari ini.

ADVERTISEMENT

Sidang media berkenaan antara lain dijangka mengumumkan penambahan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan ketika ini susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini, yang kini melebihi 6,000 angka.

Agensi berita BERNAMA dalam media sosial hari ini menyatakan sidang media itu akan disiarkan secara langsung melalui Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB dan Youtube Bernama TV.

Semalam, Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan media berkata, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, perincian sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan hari ini.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas