×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Seramai 241,758 Rakyat Malaysia Sudah Lepasi Syarat Terbang Ke Luar Negara

COVID-19

Seramai 241,758 Rakyat Malaysia Sudah Lepasi Syarat Terbang Ke Luar Negara

Semalam Ohmedia ada kongsikan pengumuman dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri atau terbang ke luar negara jika telah menerima dua dos vaksin Covid-19.

BACA: Ini Syarat Yang PM Sediakan Kalau Nak Terbang Ke Luar Negara

Berdasarkan rekod fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, seramai 241,758 individu telah berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin berkenaan.

Perkara ini dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di mana setakat ini 498,468 individu telah menerima suntikan pertama.

Jumlah rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk menerima vaksin juga agak tinggi iaitu seramai 7,625,478 atau 31.4 peratus keseluruhan rakyat.

Fasa kedua penerima vaksin akan bemula bulan ini hingga Ogos yang melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas temasuklah orang kurang upaya.

Untuk kita orang muda dan rakyat biasa akan menjalani suntikan vaksin pada fasa ketiga yang dijadualkan pada bulan Mei hingga Februari 2022.

ADVERTISEMENT

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top