Connect with us

Oh! Media

Sengaja Tak Hadir Janji Temu Suntikan Vaksin Wajar Dikompaun

COVID-19

Sengaja Tak Hadir Janji Temu Suntikan Vaksin Wajar Dikompaun

Pemberian vaksin telah pun bermula namun didapati masih ada individu yang gagal untuk hadir janji temu untuk suntikan vaksin tersebut. Sehubungan itu, menerusi laporan Berita Harian kerajaan wajar mengenakan kompaun kepada individu yang gagal untuk menghadirkan diri dalam sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah.

ADVERTISEMENT

Datuk Dr Jacob George selaku Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) berkata kumpulan tersebut akan menganggu kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan mengakibatkan negara lewat untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

Sumber : Wikipedia

“Kerajaan boleh mempertimbang nilai kompaun yang perlu dikenakan kepada kumpulan terbabit”, katanya. 

Bukan itu sahaja, sistem penggiliran bagi menggantikan individu yang gagal hadir janji temu tersebut perlu diwujudkan supaya tidak berlaku pembaziran vaksin yang mungkin akan rosak kerana tidak digunakan mengikut had masa ditetapkan.

Gambar Hiasan

Pihak berkuasa perlu pergi ke rumah individu terbabit dan menyiasat apakah punca kegagalan golongan ini untuk tidak menghadirkan diri ke janji temu vaksinasi.

Jika didapati sengaja atau tidak mengemukakan alasan yang munasabah maka individu terbabit perlu dikompaun.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas