Connect with us

Oh! Media

Saintis Amerika Temui Satu Varian Coronavirus Berasal Daripada Anjing Malaysia

COVID-19

Saintis Amerika Temui Satu Varian Coronavirus Berasal Daripada Anjing Malaysia

Saintis daripada Amerika Syarikat telah menemui satu jenis coronavirus yang dipercayai berasal daripada anjing dan dikatakan jenis ke-8 yang menyebabkan manusia jatuh sakit, lapor akhbar New York Post semalam.

ADVERTISEMENT

Dalam jurnal Clinical Infectious Diseases, para penyelidik kajian berkata penemuan itu adalah daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru pada 2017-2018 menggariskan ancaman kesihatan awam terhadap coronavirus haiwan.

Ini dibuktikan daripada sampel yang diambil hasil calitan hidung 301 pesakit radang paru-paru di sebuah hospital di Sarawak.

Lapan daripadanya yang kebanyakannya adalah kanak-kanak berusia bawah lima tahun didapati positif koronavirus anjing.

Genomik tambahan juga mendapati strain CCoV-HuPn-2018 itu memiliki ciri-ciri yang sama dengan virus lain yang telah menjangkiti kucing dan khinzir namun kebanyakannya sama dengan sejenis virus yang menjangkiti anjing.

Ia juga membawa mutasi genetik yang tidak ditemukan pada koronavirus anjing yang diketahui, tetapi terdapat pada strain manusia seperti SARS-COV dan SARS-COV-2, virus yang membawa maut di sebalik pandemik Covid-19.

Hasil daripada penemuan itu, para saintis berpendapat bahawa virus ini berpindah dari haiwan ke manusia, tetapi mereka menekan yang kajian lebih lanjut perlu dilakukan bagi menentukan sama ada ia boleh merebak sesama manusia.

Namun para saintis masih tidak dapat mengesahkan sama ada virus itu boleh menyebabkan penyakit atau hanya ‘dibawa’ dalam saluran udara pesakit tanpa menyebabkan penyakit.

Setakat ini, terdapat tujuh coronavirus yang diketahui menyebabkan penyakit pada manusia, empat menyebabkan selsema biasa manakala tiga yang lain menyebabkan penyakit yang biasa dikenali sebagai SARS, MERS dan Covid-19.

Kredit : Kosmo!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas