Connect with us

Oh! Media

Ratusan Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Di India Ditemui Terapung Di Sungai

COVID-19

Ratusan Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Di India Ditemui Terapung Di Sungai

Berikutan wabak penyakit Covid-19 semakin meningkat di India, puluhan mayat dikesan terapung di Sungai Ganges apabila terdapat saksi memaklumkan yang lebih 100 mayat dibuang di sungai besar di negeri Bahir manakala puluhan yang lain terapung di Sungai Yamuna di Uttar Pradesh, lapor The Mirror.

ADVERTISEMENT

Dalam rakaman yang diambil dari sungai menunjukkan separuh mayat yang dibakar dihanyutkan oleh air manakala mayat yang lain dibalut dengan kain kafan.

Menurut sumber, kesemua mayat di sungai itu sudah terapung lebih kurang lima hingga tujuh hari. Tambahnya, mayat-mayat tersebut bukan daripada kawasan mereka kerana mereka tidak mempunyai tradisi membuang mayat di sungai.

Ini disebabkan susulan negara India berdepan dengan jumlah jangkitan wabak Covid-19 yang tinggi dengan jumlah kematian sebanyak 250,000.

Jumlah angka kematian yang besar ini menyukarkan kepada ahli keluarga untuk mencari tempat pemakaman ahli keluarga mereka yang terkena wabak Covid-19.

Orang miskin terpaksa membuang begitu sahaja mayat ahli keluarga mereka ketika tengah wabak ini

Menurut seorang doktor di Uttar Pradesh, perkara ini merupakan ancaman besar untuk penduduk setelah melihat mayat-mayat dibuang ke dalam sungai.

Kredit : The Mirror

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas