Connect with us

Oh! Media

Rakyat Juga Perlu Memainkan Peranan

COVID-19

Rakyat Juga Perlu Memainkan Peranan

Rakyat Malaysia boleh membantu sektor kesihatan terutamanya kesesakan di wad-wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan mengambil langkah awal pencegahan awal.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rosnah Sutan berkata, tanggungjawab yang boleh dimainkan masyarakat ialah dengan menjaga diri mereka dan membuat saringan kesihatan lebih awal.

Dr Rosnah berkata, saringan awal adalah penting untuk penduduk terutamanya yang berada di kawasan Lembah Klang yang sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut beliau, memandangkan hospital kini sesak dengan pesakit-pesakit Covid-19, ada di antara mereka memerlukan bantuan dan pemantauan rapi, masyarakat boleh membuat pencegahan awal dengan saringan bagi mengurangkan kesesakan ini.

“Masyarakat perlu memainkan peranan ini, mengelak mereka daripada dijangkiti wabak dengan membuat pencegahan lebih awal.

“Jika perlu bekerja, mereka perlu pastikan benar-benar bebas daripada Covid-19 dengan menjalankan ujian saringan.

“Ini dapat membantu sistem kesihatan daripada terus tenat dengan menerima lebih ramai pesakit yang memerlukan rawatan ICU,” katanya.

Tambah beliau, tanggungjawab untuk mengawal situasi wabak Covid-19 ini tidak patut diletakkan sepenuhnya pada kerajaan sebaliknya, masyarakat seharusnya memikul tanggungjawab bersama untuk meringankan beban sektor kesihatan.

Jelasnya, jika masyarakat patuh prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan pencegahan awal, ini sudah pasti dapat membantu sektor kesihatan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, masih ramai pesakit yang tidak dapat dimasukkan ke wad dan ICU kerana kekurangan katil.

Pusat Kuarantin dan Rawatan Rendah Covid-19 (PKRC) Maeps Serdang masih merawat pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan tahap tiga dan empat.

Kredit : HarianMetro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas