Connect with us

Oh! Media

PM Thailand Dikompaun Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

COVID-19

PM Thailand Dikompaun Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

Berkuat-kuasa hari ini, Thailand telah mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka. Siapa sangka bahawa Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha sendiri menjadi antara individu terawal disaman kerana tidak memakai pelitup muka.

ADVERTISEMENT

Prayuth yang juga merupakan menteri pertahanan Thailand disaman sebanyak 6,000 baht (RM782) semasa menghadiri mesyuarat di rumah kerajaan siang tadi.

Sekeping gambar prayuth tular di media sosial semalam semasa mempengerusikan mesyuarat tanpa memakai pelitup muka. Walaubagaimanapun gambar yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Prayuth itu telah dipadam sejurus kejadian itu.

Menurut laman rasmi Facebook Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, beliau telah memfailkan aduan terhadap perdana menteri itu hari ini. Aswin juga memberitahu bahawa perdana menteri juga telah melanggar peraturan pemakaian pelitup muka semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) telah dikenakan denda 6,000 baht… Beliau setuju untuk membayar denda berkenaan,” katanya.

Seseorang yang melanggar peraturan di Thailand boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht di bawah Seksyen 51 Akta Penyakit Berjangkit 2015. Bagaimanapun menurut Bangkok Post, pegawai penguatkuasa mungkin pertimbangkan denda yang lebih ringan dengan 6,000 baht untuk kesalahan pertama, 12,000 baht untuk yang kedua, dan 20,000 baht untuk yang ketiga.

Kredit : Malaysiakini

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas