Connect with us

Oh! Media

PM Selesai Terima Suntikan Vaksin & Akan Dipantau Selama 2 Minggu

COVID-19

PM Selesai Terima Suntikan Vaksin & Akan Dipantau Selama 2 Minggu

Detik bersejarah, itulah yang dirasakan rakyat Malaysia ketika ini apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 sebentar tadi yang merupakan individu pertama menerimanya.

ADVERTISEMENT

Suntikan yang berjalan secara langsung itu dapat ditonton rakyat seluruh Malaysia di majlis pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Putrajaya.

Turut bersama menerima suntikan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah yang menjadi individu kedua.

Program imunisasi ini akan melalui tiga fasa dan untuk fasa pertama ini seramai 500,000 anggota barisan hadapan bakal menerima suntikan vaksin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas