Connect with us

Oh! Media

PKP: Solat Jumaat & Fardu Di Masjid Ditangguh, Akad Nikah Pula Secara Online – JAIS

COVID-19

PKP: Solat Jumaat & Fardu Di Masjid Ditangguh, Akad Nikah Pula Secara Online – JAIS

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan mereka terpaksa menangguhkan sementara kebenaran melaksanakan solat Jumaat dan fardu di semua masjid dan surau.

ADVERTISEMENT

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di negeri itu bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021.

Bagi solat fardu lima waktu berjemaah, hanya lima orang dalam kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa dibenarkan berjemaah pada satu-satu waktu. – Kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Lima orang petugas masjid dan surau ini juga perlu mendirikan solat Jumaat sesuai dengan keharusan mendirikan solat dalam bilangan kecil.

Oleh itu, penduduk Selangor beragama Islam perlu menggantikan Solat Jumaat kepada Solat Zuhur seperti biasa.

Untuk majlis akad nikah pula macam biasa seperti PKP tahun lalu di mana ia akan dilaksanakan secara dalam talian di mana pihak Pejabat Agama Islam Daerah akan berada di pejabat dan pengantin, wali serta dua orang saksi akan berada di rumah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas