Connect with us

Oh! Media

PKP Bakal Dilaksanakan Semula, Tetapi Dengan Cara Berbeza? Ini Penjelasan DG Noor Hisham

COVID-19

PKP Bakal Dilaksanakan Semula, Tetapi Dengan Cara Berbeza? Ini Penjelasan DG Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikatakan telah mencadangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersasar untuk mengatasi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini berdepan dengan situasi yang kritikal dan memerlukan penyelesaian untuk memutuskan rangkaian dalam menurunkan jumlah kes Covid-19.

Perancangan untuk melaksanakan PKP itu perlu dilaksanakan mengikut keadaan dan situasi di sesetengah kawasan. Perbincangan juga dikatakan masih lagi berlangsung dan keputusan dikatakan akan dibuat dengan secepat mungkin.

Daripada (melibatkan) seluruh negara, kalini ini pendekatan lebih bersasar dan bukan seperti yang kita pernah lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

Kami sedang memerhatikan keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka dan mengawal kes jangkitan daripada terus meningkat. Ini sangat penting.

Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin akan melaksanakan tindakan yang lebih kepada apabila melihat kluster-kluster yang ada di negeri itu. – Kata Noor Hisham.

DG Dr Noor Hisham juga turut menjelaskan yang strategi baharu itu akan melibatkan peraturan yang berbeza mengikut negeri (zon).

Kami juga akan memperketatkan (melaksanakan semula) kawalan sempadan dengan melarang orang untuk membuat perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan (kes) yang terbaharu. – Katanya.

Takut pula bila tengok jumlah kes jangkitan hari ni dah capai 3,027 kes. Semoga usaha KKM ini dapat memutuskan rangkaian jangkitan yang semakin berleluasa dan dapat menurunkan semula jumlah kes di Malaysia.

Kredit: Sinar Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Trending

ITTIFY

To Top