Connect with us

Oh! Media

“Nampak Dia Edit Screenshot Ni” – Kantoi Edit Status Di MySejahtera, Seorang Pekerja Dipecat

COVID-19

“Nampak Dia Edit Screenshot Ni” – Kantoi Edit Status Di MySejahtera, Seorang Pekerja Dipecat

Semenjak dunia dilanda pandemik COVID-19, sektor ekonomi telah mengalami perubahan dan ramai majikan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan budaya kerja dari rumah ataupun ‘Work From Home’ (WFH).

ADVERTISEMENT

BACA: Bos Minta MC Atau Unpaid Leave Kalau Positif Covid? Netizen Keliru Dengan Arahan HSO

Namun, saat negara semakin mencatatkan peningkatan kes meskipun sudah beransur-ansur memasuki fasa endemik, ada juga yang mengambil kesempatan menipu majikan tanpa alasan munasabah.

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, seorang lelaki yang juga merupakan seorang majikan berkongsi pengalamannya berurusan dengan pekerja yang tidak jujur dalam pekerjaan mereka.

Ujar individu ini, dia telah memecat pekerjanya kerana telah membuat suntingan palsu di aplikasi MySejahtera.

Pekerja tersebut difahamkan telah menipu status vaksin dan positif COVID-19 tapi ‘kantoi’ kerana suntingan yang tidak kemas sehingga boleh dikesan oleh majikannya.

Baru fire (pecat) seorang staff sebab menipu status vaksin + positif covid. Mata aku agak sensitif dan nampak dia edit screenshot ni.

Jelasnya lagi, individu yang sudah lengkap divaksin sepatutnya hanya 7 hari tempoh kuarantin jika dijangkiti COVID-19 tapi pekerja itu telah menyatakan 10 hari sehingga menimbulkan syak wasangka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihatkan pekerja atau sesiapa sahaja di luar sana agar berlaku jujur dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menipu majikan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas