Connect with us

Oh! Media

Malaysia Terima Pujian Dari Amerika Syarikat Berjaya Tangani Covid-19 Dengan Baik

amerika syarikat

COVID-19

Malaysia Terima Pujian Dari Amerika Syarikat Berjaya Tangani Covid-19 Dengan Baik

Selepas lebih 2 tahun menghadapi wabak Covid-19, Amerika Syarikat dilaporkan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang paling berjaya tangani wabak. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Brian McFreeters, Duta AS Malaysia mengakui segala SOP yang dilakukan kerajaan Malaysia sangat baik dan mereka turut mematuhinya.

Kejayaan vaksinasi di Malaysia ini juga secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelancong luar untuk melancong ke negara ini dan ia adalah satu berita baik.

Secara peribadi, rata-rata ahli keluarga saya juga bertanya peluang untuk datang kembali ke Malaysia sebaik sahaja pintu sempadan dibuka. – Katanya.

Memang tidak dapat dinafikan banyak pelancong asing tidak sabar untuk bercuti di Malaysia yang dilihat selamat untuk dilawati. Ini memandangkan negara sudah hampir capai 100% vaksinasi lengkap dewasa dan kini mengejar pula untuk capai vaksinasi lengkap untuk remaja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas