Connect with us

Oh! Media

Malaysia Ke Fasa Peralihan Endemik Esok, Boleh Makan Di Kedai Walau Hilang Status Vaksin Lengkap

COVID-19

Malaysia Ke Fasa Peralihan Endemik Esok, Boleh Makan Di Kedai Walau Hilang Status Vaksin Lengkap

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April 2022.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakyat Dinasihat Patuhi MyCHAMPION Ketika Peralihan Endemik Jumaat Ini

Di fasa peralihan ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Had operasi bagi premis perniagaan pula dimansuhkan dan peniaga dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.

Memetik laporan Astro Awani, pada 1 April juga, penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas akan kehilangan status vaksinasi lengkap jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak.

Namun, mereka masih boleh melakukan aktiviti sama seperti individu yang lengkap divaksinasi antaranya makan di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadah.

Bagaimanapun, premis perlu memastikan hanya individu yang lengkap vaksinasi dos primer dibenarkan masuk.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, individu diiktiraf sebagai lengkap vaksinasi dos primer apabila memenuhi kriteria iaitu bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Kredit: Astro Awani | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas