Connect with us

Oh! Media

Malaysia Bakal Guna AstraZeneca

COVID-19

Malaysia Bakal Guna AstraZeneca

Negara kita Malaysia, hari Ini dilaporkan akan meneruskan penggunaan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

ADVERTISEMENT

Penggunaan vaksin AstraZeneca akan diteruskan kerana data klinikal yang didapati masih menjurus kepada kebaikan berbanding kemudaratan. – Kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut laporan media terdahulu juga pernah menyatakan bahawa tujuh daripada 30 penerima vaksin jenis AstraZeneca di United Kingdom dikatakan telah mengalami masalah pembekuan darah.

Pengawal selia kesihatan Britain juga dilaporkan masih lagi menimbangkan saranan untuk menyekat penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dalam kalangan orang yang lebih muda berikutan kebimbangan tentang kes darah beku yang jarang berlaku.

Malah pada 2 April yang lalu, KKM sudah pun memberi kelulusan pendaftaran bersyarat kepada vaksin AstraZeneca jenis cecair suntikan yang dibekalkan melalui kemudahan COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan.

Dr Adham berkata Malaysia juga akan membuat pemerolehan 10 peratus vaksin jenis AstraZeneca dari Thailand secara pembelian terus.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas