Connect with us

Oh! Media

“PKPB Di Selangor, KL Disambung Ke Tidak?“, Ini Jawapan Ismail Sabri

COVID-19

“PKPB Di Selangor, KL Disambung Ke Tidak?“, Ini Jawapan Ismail Sabri


Mesti yang tinggal di kawasan Selangor dan KL tengah resah sekarang ni. Mana taknya dah dua kali tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan. Ada ramai yang tertanya-tanya mungkinkah ada kemungkinan yang PKPB ini akan dilanjutkan lagi selepas ini.

ADVERTISEMENT

Kalau ikutkan susulan situasi perkembangan semasa penularan Covid-19 di dua kawasan ni, Selangor antara negeri yang mencatatkan peningkatan kes setiap hari.

Menjawab persoalan berkenaan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan PKPB hanya akan dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko pada minggu terakhir sebelum tempoh PKPB berakhir.

Biasanya minggu terakhir KKM akan buat penilaian risiko, kalau nampak penurunan dan dari segi penilaian risiko tak ada lagi kebarangkalian jangkitan baharu, mereka akan menasihatkan kita.

Sama seperti empat negeri yang kita umumkan penamatan, keputusan juga dibuat selepas penilaian risiko oleh KKM. 

Pertamanya, penilaian risiko dahulu. Selepas itu baru KKM akan beri cadangan dan kita akan putuskannya nanti bagaimana. – Katanya.

Tempoh PKPB di Selangor dan Lembah Klang dilaporkan akan berakhir pada 6 Disember depan.

Tetapi sejak kebelakangan ni kes positif Covid-19 yang direkodkan di kawasan Selangor macam makin hari makin meningkat pula ye. Apapun kita tunggu je la pengumuman pada 6 Disember nanti.

Kredit: Mstar

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas