Connect with us

Oh! Media

Dr Noor Hisham Beri Info Penting Dalam PC Maya Malam Tadi

COVID-19

Dr Noor Hisham Beri Info Penting Dalam PC Maya Malam Tadi

Terkini! Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu ia dilaksanakan.

Jika PKP masih dilaksanakan, sudah pasti ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada ekonomi negara.

Dr Noor Hisham juga memberi bayangan yang kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sebelum ini dilaksanakan akan diteruskan dan ia akan berjalan selama tiga bulan mendatang sehingga berjaya menurunkan kes kepada dua angka.

Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi. – Katanya.

Seperti yang kita semua tahu, pihak kerajaan telah menyeragamkan tarikh tamat PKP 2.0 di seluruh negeri pada 4 Ferbruari 2021 kecuali negeri Sarawak.

Kredit: Twitter @MohdFaizalHassan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top