Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Untuk Daftar Vaksin Covid-19 Melalui MySejahtera

COVID-19

Cara Mudah Untuk Daftar Vaksin Covid-19 Melalui MySejahtera

Umum mengetahui vaksin Covid-19 telah pun mendarat di Malaysia pada 21 Februari lepas dan pemberian vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia mengikut fasa.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ialah dengan mengemaskini aplikasi MySejahtera.

Seorang pengguna Twitter juga membuat perkongsian bagaimana cara untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

  1. Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Setelah itu, pengguna perlu pilih ‘Covid-19 vaccination’ seperti yang tertera pada gambar.

 2. Pengguna perlu tekan pada bahagian atas sesuai dengan nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera. Semak data peribadi anda, pastikan ianya betul dan sahkan.

3. Setelah membuat pengesahan, pengguna perlu menekan ‘next’ untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam aplikasi berkenaan

Demikian cara-cara yang boleh dilakukan bagi sesiapa yang ingin mendaftar vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Kesemua pengguna smartphone tak kira iOS mahupun android boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini.

Selamat mencuba!

Kredit : Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas