Connect with us

Oh! Media

“Bersedia Untuk Hadapi Situasi Covid-19 Lebih Buruk” – DG Hisham

COVID-19

“Bersedia Untuk Hadapi Situasi Covid-19 Lebih Buruk” – DG Hisham

Semakin hari kes Covid-19 semakin meningkat dalam negara. Hal ini sekaligus memberi kegusaran kepada semua pihak terutamanya para frontliner kerana mereka sedang bertungkus-lumus untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19.

ADVERTISEMENT

Pun begitu, dalam satu posting yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter memaklumkan tentang kes Covid-19 di Malaysia meningkat sejak 1 April 2021. Menurutnya, kes tersebut boleh mencetuskan lonjakan yang menegak.

Oleh itu, beliau menggesa supaya orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi situasi Covid-19 lebih buruk.

Beliau juga menasihatkan supaya orang ramai untuk tinggal di rumah dan sekiranya perlu keluar hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dilaporkan, hari ini Malaysia mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,289 kes harian dengan catatan Selangor negeri yang paling tinggi dengan jumlah kes 2,642.

Kredit : Twitter

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas