Connect with us

Oh! Media

Bermula Di Pusat Kuarantin, Frontliners Sah Sebagai Suami Isteri

COVID-19

Bermula Di Pusat Kuarantin, Frontliners Sah Sebagai Suami Isteri

Banyak yang kita semua lalui sepanjang 1 tahun hidup bersama Covid-19. Disebalik kisah sedih yang kita dapat dengar dan lihat, Ohmedia nak kongsikan pula kisah gembira pasangan frontliners ini.

ADVERTISEMENT

Siapa sangka Covid-19 telah menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin? Inilah kisah yang dilalui Pija dan Azwa yang akhirnya sah bergelar suami isteri sejak pertama kali berjumpa di pusat kuarantin.

Kisah mereka telah dikongsikan seorang jurugambar Taufiq Noor di Facebook miliknya.

Mereka bertemu dan berkenalan di pusat kuaritin covid 19 pada awal kes covid landa malaysia, memang kental diaorang ni.

Yang aku respect masa shoot pakai baju PPE ni pukul 12-1.30 petang memang tengah panas terik siot, tapi diaorang sporting dan cakap dah biasa pakai baju PPE, dah biasa mandi peluh. Aku pakai baju biasa pun berpeluh-peluh masa shoot. Diaorang memang nak sangat buat kenangan pakai baju PPE ni. – Kongsi Taufiq.

Semoga Pija dan Azwa bahagia hingga ke anak cucu hendaknya. Comel je tengok dua frontliners kita ni pakai PPE untuk gambar kahwin.

Untuk yang masih bujang tu jangan putus harapan, Covid-19 melanda bukan bermakna korang akan single selamanya, kah!

Kredit: Taufiq Noor

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas