Connect with us

Oh! Media

“Anda Semua Ambil Vaksin Atau Saya Suntik Vaksin Babi”- Presiden Filipina

COVID-19

“Anda Semua Ambil Vaksin Atau Saya Suntik Vaksin Babi”- Presiden Filipina

“Anda dapatkan vaksin, jika tidak, saya akan memerintahkan semua ketua kampung untuk mengira berapa orang yang menolak untuk disuntik dengan vaksin,” tambahnya, “Jika tidak, saya akan suntik mereka dengan Ivermectin yang dikhaskan untuk babi,” kata Rodrigo Duterte, Presiden Filipina seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Itu la ungkapan Duterte selepas beliau berang dengan proses vaksinasi yang perlahan di Filipina, sehingga Jun 20 hanya 2.1 juta rakyat Filipina divaksin daripada 110 juta penduduk.

ADVERTISEMENT

Jumlah ini jauh lebih rendah mengikut sasaran Duterte yang mahukan sekurang-kurangnya 70 juta orang disuntik vaksin Covid-19.

Ucapan Duterte ini jelas bertentangan dengan prinsip pegawai kesihatannya yang mengatakan vaksin Covid-19 ini adalah secara sukarela dan tiada paksaan.

“Walaupun orang ramai digesa untuk mengambil vaksin COVID-19, namun kalau boleh biarlah mereka ambilnya secara sukarela.”

Sebelum ini Duterte pernah mengeluarkan ancaman di sebuah sidang media mengatakan bahawa beliau akan memenjarakan sesiapa sahaja yang menolak untuk disuntik vaksin Covid-19.

“Anda yang pilih, vaksin atau saya penjarakan anda.”

”Saya tangkap Anda. Dan saya akan suntik vaksin ke bontot anda.”

Untuk info, Duterte adalah orang yang tegas dan ini bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. 

Pada Ogos 2020, sedang dunia mempersoalkan keberkesanan vaksin yang dibuat oleh Rusia, Duterte dengan senang hati menawarkan dirinya sebagai tikus makmal sambil menyuarakan keyakinan dengan vaksin keluaran Rusia.

Ketika musim awal pandemik Covid-19, Duterte telah pun mengeluarkan arahan ‘lockdown’ dikuatkuasakan dan mengancam untuk membunuh sesiapa sahaja yang ingkar dengan arahan tersebut.

Beliau juga turut memberi lampu hijau kepada tentera dan polis untuk menembak sesiapa sahaja yang mengganggu kerja barisan hadapan untuk membendung wabak Covid-19.

Kredit : TheVocket

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas