Connect with us

Oh! Media

Adakah Anda Termasuk Dalam 4 Golongan Yang Tidak Boleh Menerima Vaksin?

COVID-19

Adakah Anda Termasuk Dalam 4 Golongan Yang Tidak Boleh Menerima Vaksin?

Antara dua jenis vaksin yang dilaporkan sudah mendapat kebenaran untuk diedarkan ialah Moderna dan Pfizer.

ADVERTISEMENT

Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti Vanderbilt, Dr William Schaffner, kedua-dua jenis vaksin ini telah pun melalui proses pemeriksaan dan kajian yang ketat dan ianya selamat digunakan manusia.

Vaksin-vaksin ini juga dikatakan sudah pun mula diedarkan hampir di seluruh dunia dan beberapa negara juga sudah melakukan suntikan vaksin ini kepada rakyat mereka.

Menurut Cleveland Clinic, untuk betul-betul memutuskan rantaian jangkitan, 50 hingga 80 peratus populasi dianggarkan harus mendapatkan vaksin covid-19 supaya dapat mencapai kekebalan berkelompok atau disebut herd immunity.

Namun, terdapat beberapa kelompok masyarakat yang dilaporkan tidak boleh menerima vaksin dan ini adalah di antara golongan-golongan itu;

1. Masalah elergi

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada beberapa orang yang akan mengalami reaksi elergi selepas mendapatkan vaksin Covid-19.

Disebabkan itu, CDC menyarankan agar individu yang memiliki reaksi elergi yang buruk terhadap salah satu bahan dalam vaksin tersebut untuk tidak mengambil suntikan itu.

2. Kanak-kanak

Vaksin Modeerna hanya dibenarkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas, sedangkan Pfizer hanya untuk individu berusia 16 tahun ke atas.

Ketika ini, vaksin Covid-19 belum diteliti kesan dan impaknya pada kanak-kanak.

3. Memiliki gangguan imunisasi

Vaksin bertindak sebagai melindungi mereka yang memiliki kekebalan lemah atau termasuk dalam kategori berisiko tinggi. Individu yang mempunyai sistem imunisasi yang terganggu secara serius, dan menderita komplikasi kronik dikatakan dapat mempengaruhi fungsi kekebalan vaksin.

Oleh itu, orang yang memiliki gangguan sistem imunisasi tidak disarankan untuk mengambil suntikan itu sehingga ada kajian mengenainya.

4. Wanita mengandung

Penyelidik percaya bahawa dos yang digunakan dalam vaksin Covid-19 mungkin tidak sesuai untuk kesihatan bayi yang sedang membesar dan ini dapat mengakibatkan beberapa kesan sampingan bagi wanita hamil.

Kredit: Mstar

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas