Connect with us

Oh! Media

“1 Tahun Bertarung Melawan Covid-19” – Dr Noor Hisham Luah Rasa Sedih

COVID-19

“1 Tahun Bertarung Melawan Covid-19” – Dr Noor Hisham Luah Rasa Sedih

Sedar ataupun tidak, sudah setahun kita bertarung menentang wabak Covid-19.

Jika kita ingat semula, kes pertama direkodkan apabila tiga orang pelancong China telah masuk ke Malaysia melalui Johor yang datang dari Singapura telah disahkan positif Covid-19.

Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian terbaru di Twitter turut meluahkan perasaan sedih yang sama selepas mengakui masih belum berjaya melihat penghujungnya walaupun sudah setahun bertahan.

Sungguh menyedihkan saya bahawa kami telah bertahan selama 1 tahun bertarung melawan Covid-19. Hujungnya hampir tidak kelihatan.

Namun walaupun keletihan mental & fizikal, kita semua perlu terus maju. Semua orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama. – Luahnya.

Ramai yang turut berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada negara ketika ini di mana kes semakin meningkat dari hari ke hari.

Ada juga yang mengatakan kita sebenarnya sudah hampir melihat penghujungnya tetapi gagal disebabkan gila kuasa orang politik.

Apapun kita tetap perlu hadapi dengan semangat yang kuat dan bersama #KitaJagaKita sehinggalah semua ini berakhir.

Kredit: @DGHisham

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top