Connect with us

Oh! Media

“Content Bod*h Member Dia” – Konon Isteri Curang, Abang Dedah Perkara Sebenar

Trending

“Content Bod*h Member Dia” – Konon Isteri Curang, Abang Dedah Perkara Sebenar

Demi mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi, ada segelintir pengguna media sosial sanggup mereka-reka cerita untuk meraih perhatian ramai. Lebih menyedihkan apabila cerita melibatkan aib dan maruah diri orang lain.

ADVERTISEMENT

BACA:Demi Content TikTok, Sanggup ‘Edit’ Gambar Kahwin Orang Lain

Seperti video tular di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki merakam wajah rakannya yang sugul dengan kapsyen mengundang mendakwa isteri rakannya itu telah curang ketika dia berada di tirai besi.

Dakwanya, bebas sahaja daripada hukuman penjara selama dua tahun tiga bulan, rakannya mendapat tahu isteri mengandung anak luar nikah jiran sendiri.

Perkongsian itu sekaligus menimbulkan tanda tanya bagi orang yang mengenalinya memandangkan wajahnya tidak ditutup. Ada yang mempersoalkan kesahihan ‘cerita’ tersebut.

Terbaru, seorang lelaki dipercayai abang kepada lelaki tular itu telah tampil menafikan dakwaan yang dibuat. Jelasnya, perkongsian itu hanyalah rekaan semata-mata dan ‘content’ bodoh rakan adiknya. Malah, adiknya itu sebenarnya belum lagi bernikah.

@pawi_86

Balas kepada @adriani_thira ##viralmalaysia ##fyp ##pdrm

♬ suara asli – 💞YUWAN-plat BE💞

Hasil carian di TikTok, rakan adiknya itu dipercayai telah menukar tetapan kepada peribadi. Sejak dimuat naik, video tular telah mendapat sehingga sejuta tontonan dan ribuan komen.

Orang ramai menasihati pelaku supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu lain semata-mata untuk meraih ‘views’.

Semoga kita semua dijauhkan daripada rakan yang sebegini. Nak buat content pun beragaklah kan.

Kredit: TikTok @pawi_86

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas