Connect with us

Oh! Media

Cederakan Pelajar Tahfiz, Suami Isteri Didakwa

Trending

Cederakan Pelajar Tahfiz, Suami Isteri Didakwa

Sepasang suami isteri yang merupakan pengurus sebuah sekolah tahfiz didakwa hari ini di Mahkamah Majistret di Ampang, atas tuduhan merotan seorang pelajar yang berusia 7 tahun tahfiz sehingga mendatangkan kecederaan pada Mac lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, Norizan Yahya, 53 bersama suaminya yang merupakan warga Pakistan, Muhammad Yaqoob, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar dan Majistret Normaizan Rahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Norizan didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pelajar tahfiz itu manakala Muhammad Yaqoob dituduh mencederakan pelajar yang sama dengan menggunakan rotan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, di antara jam 6 petang pada 9 Mac hingga 23 April.

Pendakwaan dibuat pasangan suami isteri itu mengikut Seksyen 324 kanun Keseksaan yang boleh dihukum maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah dan Suriantiazilla Muhammad, masing-masing membantah jaminan diberikan kepada pasangan suami isteri itu kerana kes ini membabitkan kesalahan serius.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan memohon diikat jamin rendah menerusi peguam Dony Abdullah.

Mahkamah membenarkan Norizan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin serta Muhammad Yaqoob dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Tertuduh juga ditetapkan syarat supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwa.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 18 Jun untuk sebutan semula kes.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas