Connect with us

Oh! Media

Caj 50sen Tandas Awam Dikatakan Mahal, Uncle Dedah Ramai Rupanya Tak Reti Pam Sendiri

Trending

Caj 50sen Tandas Awam Dikatakan Mahal, Uncle Dedah Ramai Rupanya Tak Reti Pam Sendiri

ADUN Skudai, Marina Ibrahim baru-baru ini telah turun padang melihat sendiri keadaan tandas awam di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang dikatakan mahal.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Twitter, Marina berkata pejabatnya telah menerima aduan tandas awam itu mengenakan cas RM0.50 sen sekali masuk.

Hasil lawatan mengejut itu, penjaga tandas mengakui cas masuk yang sebelum ini 30 sen ditukar kepada 50 sen. Katanya, kenaikan itu dibuat atas faktor harga barang semakin mahal dan perlu membayar gaji pekerja sebanyak RM1200 setiap orang.

Dengan gaji RM1200 dan keadaan tandas yang kotor tiada orang tempatan yang mahu melakukannya. Manakala orang asing pula mereka memilih bekerja di sektor perkilangan dan pembuatan yang lebih lumayan upahnya.

Lebih menyedihkan apabila masih ramai yang tak ambil berat soal kebersihan. Walaupun dah disediakan tong sampah, ada yang buang pad merata-rata. Tin minuman pun buang dalam lubang tandas!

Kata Marina pengguna harus tahu tanggungjawab menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik.

Setengah tu dah guna paip tandas, tak reti letak elok-elok. Pemalas. Nak pakai tisu, sila pakai. Ni tak tahu buang orang lain pula kena ngadap tisu kekuningan tu. Belum sembang berak tak reti pam.

Bagi isu sampah pula, ramai orang suka buang sampah merata kerana ada pemikiran pekerja pembersihan akan kutip. Ini menyebabkan ramai yang ambil sambil lewa bab kebersihan.

Kata penjaga tandas itu, tugas menjaga tandas sehingga jam 1 pagi tak mudah. Selain basuh kekotoran setiap dua jam, dia juga kena pam ‘kapal selam’ pengguna yang tak reti nak pam!

Kredit: Twitter Marina Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas