Connect with us

Oh! Media

Cabul & Dapat Tahu Pengantin Perempuan Dah Tak Suci, Terus Ugut Ganti Rugi Kos Perbelanjaan Majlis Kahwin

Trending

Cabul & Dapat Tahu Pengantin Perempuan Dah Tak Suci, Terus Ugut Ganti Rugi Kos Perbelanjaan Majlis Kahwin

Baru je lepas meraikan majlis perkahwinan sepasang suami dan isteri itu, keluarga pengantin lelaki tiba-tiba pertikaikan sama ada wanita ini masih lagi dara ataupun tidak. Dah kawin barulah nak cek! Perkara ini berlaku di Uzbekistan. 

ADVERTISEMENT

Apa yang kejamnya, pengantin perempuan tu terus dipaksa masuk ke dalam bilik dan ditanggalkan pakaian dalam. Pihak pengantin lelaki juga merakam video sambil mencabulnya untuk menyemak perkara yang mencurigakan pihak pengantin lelaki tersebut. Pengantin perempuan cuba untuk melindungi diri tetapi kudratnya tidak mampu untuk melawan dan hanya menangis teresak.

Setelah mendapat tahu perkara tersebut, pengantin perempuan terus dikecam kerana tidak pandai untuk mempertahankan kesuciannya dan tiada siapa pun yang membela dirinya termasuk suaminya sendiri. Bukan tu jer, pihak pengantin lelaki siap mengugut pengantin perempuan supaya membayar ganti rugi kos perbelanjaan majlis perkahwinan yang dianggarkan kurang dari RM20,000 jika tidak mahu video yang dirakam itu tersebar.

Selepas daripada itu, keluarga pengantin perempuan terus membuat laporan polis dan mereka yang terlibat telahpun ditahan. Punyalah pihak pengantin lelaki nak cari salah orang, bapa tiri pengantin perempuan pula mendedahkan yang pengantin lelaki itu pernah ditahan kerana kes rogol sebelum ini. Pengantin lelaki pun kantoi juga. Kah!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pengantin perempuan dicabul di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas