Connect with us

Oh! Media

Bungkus Dan Campak Kucing Ke Dalam Sungai, Seorang Lelaki Dicari

Trending

Bungkus Dan Campak Kucing Ke Dalam Sungai, Seorang Lelaki Dicari

Kejam dan tak berperikemanusian! itu lah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang dirakam melakukan perbuatan terkutuk dengan mencampak seekor kucing yang telah disumbat ke dalam sebuah beg plastik ke dalam sungai mencetuskan kemarahan netizen di laman media sosial.

ADVERTISEMENT

Video yang tular itu dikongsikan oleh pengguna laman Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia yang kelmarin turut berkongsikan video tentang seekor beruang matahari hilang arah selepas habitatnya dimusnahkan.

Berdasarkan pada video yang dikongsikan itu, lelaki yang dilihat memakai baju kolar dan seluar jeans dengan selamba membawa beg plastik yang mengandungi kucing sebelum memcampakkannya ke dalam sungai.

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang dikatakan itu dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Bentong, Sarawak namun tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Menurut kenyataan pada hantaran yang sama, perbuatan tersebut boleh menyebabkan haiwan itu terdedah kepada bahaya seperti dibaham buaya atau mati kelemasan.

Video yang dikongsikan oleh pengguna laman Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia itu mencetuskan kemarahan netizen terhadap tindakan lelaki itu.

Berhubung dengan kejadian itu, masyarakat Bentong digesa untuk mengenalpasti pelaku tersebut dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Persatuan Haiwan Malaysia berkata, mereka turut mengesa supaya pihak berkuasa segera menjejaki manusia hati binatang itu dan menghumbannya ke dalam penjara.

Jangan beri peluang kepada penjenayah kezaliman haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara.

Tambahnya lagi, mereka turut mengesa supaya memasukkan hukuman sebatan terhadap penjenayah haiwan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah & Sarawak).

Netizen juga turut mengecam perakam video tersebut yang tidak menghalang si pelaku selain dituduh bersubahat bersama penjenayah haiwan itu.

Walauapapun, kita sama-samalah menunggu siasatan pihak berkuasa dan semoga lelaki itu berjaya ditangkap serta dikenakan hukuman yang berat.

Kredit: Kosmo!, Persatuan Haiwan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas