Connect with us

Oh! Media

Bukan Antivaksin, Masalah Kesihatan Punca Guru Tak Ambil Vaksin?

vaksin

Trending

Bukan Antivaksin, Masalah Kesihatan Punca Guru Tak Ambil Vaksin?

Ramai guru yang belum bersedia untuk mengambil suntikan vaksin, namun mereka bukanlah antivaksin. Masalah kesihatan merupakan antara faktor lebih 100 guru di Negeri Sembilan belum mengambil suntikan vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: Dipercayai Belum Divaksin, Guru Kecewa Diasingkan Di Stor ‘Cleaner’

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Md Fiah Md Jamin mengatakan usaha untuk memujuk guru-guru menerima vaksin masih dijalankan.

Ada alasan yang tersendiri untuk tidak mengambil vaksin

vaksin

Md Fiah juga menjelaskan jumlah guru yang tidak mahu divaksin itu berkurangan daripada 142 orang yang dilaporkan sebelum ini.

Saya percaya mereka ini bukannya anti vaksin, tapi ada alasan tersendiri antaranya ada masalah kesihatan.

Harapan kita positif agar mereka ini mengubah fikiran untuk terima vaksin kerana dalam rekod jabatan mereka merupakan guru-guru yang baik dan produktif.

Beliau berharap guru-guru ini akan terbuka hati untuk mengambil vaksin dan pihaknya masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut yang perlu dikenakan kepada guru yang enggan divaksin.

Menurut menteri Datuk Dr Radzi Jidin, selaras dengan ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semua penjawat awam perlu patuh kepada pekeliling yang mewajibkan mereka mengambil suntikan sebelum 1 November atau tindakan tatatertib akan dikenakan.

Semoga semua guru-guru yang enggan divaksin ini akan terbuka hati untuk divaksin. Kesian anak-anak jika perlu berjumpa dengan guru-guru yang tidak divaksin kerana mereka pasti akan mendapat potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan wabak Covid-19.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas