Connect with us

Oh! Media

Buka Face Mask Kejap Nak Rasa Sos Dimasak, Penjaja Terus Kena Kompaun RM928

penjaja

Trending

Buka Face Mask Kejap Nak Rasa Sos Dimasak, Penjaja Terus Kena Kompaun RM928

Siapa kata dekat Malaysia jer SOP ketat? Dekat negara lain ada yang lagi ketat dan tak masuk akal tau. Kehidupan norma baharu yang kita perlu biasakan saat ini adalah sangat penting bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19. Disebabkan itu, SOP yang dikeluarkan perlu dipatuhi dan mereka yang ingkar perlu dikenakan kompaun oleh penguatkuasa.

ADVERTISEMENT

Tapi rasa kesian pula dengan nasib penjaja ni

Gara-gara buka pelitup muka sekejap untuk merasa sos yang sedang dimasak, seorang penjaja nasi itik telah dikenakan kompaun oleh penguatkuasa setempat. Kejadian ini berlaku di Pasar Geylang Bahru, Singapura dan mengejutkan penjaja terbabit.

Memetik laporan Mothership, penjaja tersebut dikenali sebagai Wang dan ketika itu sedang memotong daging itik di dapur dan isterinya pula sedang melayan pelanggan di depan gerai. Wang kemudian mengisi sos baru dimasak dan membuka pelitup muka untuk menguji rasa sos sebelum dihidang kepada pelanggan.

Tapi nasib Wang kurang baik apabila kebetulan dua penguatkuasa datang dan meninta dokumen pengenalan. Kemudian datang lagi tiga penguatkuasa lain yang memerhati dari jauh dan keadaan menjadi semakin rumit.

Dari belakang, tiga orang penguatkuasa datang dan berkata bahawa saya menyalahi peraturan kerana tidak memakai pelitup muka. Mereka menegaskan jika saya tak beri kerjasama, mereka akan panggil pihak polis.

Wang terpaksa akur kerana pelanggan sedang menunggu

Dia kemudian mengambil keputusan untuk menjelaskan perkara sebenar pada hari lain. Bagaimanapun, rayuannya untuk lepas dari kompaun gagal. Wang hanya menyangka amaran yang akan diberikan namun tetap kena kompaun sebanyak S$300 (RM928).

Penjaja rasa tindakan agak keterlaluan

Kompaun bukanlah perkara yang besar. Saya cuma risau ia berulang lagi. Bila hal ini terjadi, syaa bukan setakat kena kompaun, perniagaan saya boleh digantung. Itu yang cuba saya elakkan.

Apapun cerita ini hanya dapat kita dengari dari sebelah pihak dan kita tidak pasti apa yang diperhatikan pihak berkuasa sebelum mengenakan kompaun. Walaupun kejadian ini berlaku di Singapura, diharapkan agar kita di Malaysia untuk terus mematuhi SOP. #kitajagakita

Kredit: Mothership

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas