Connect with us

Oh! Media

(Video) Remaja Perempuan Cuba Terjun Jambatan Lepas Bapa Larang Main Game

Trending

(Video) Remaja Perempuan Cuba Terjun Jambatan Lepas Bapa Larang Main Game

Kadang-kadang mesti ibubapa rasa tak selasa apabila melihat anaknya sering bermain game, betul tak? Kita sendiri yang tengok pun menyirap juga. Baru-baru ini, seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan sebab tertekan ditegur bapa gais.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, remaja perempuan yang berusia 16 tahun itu cuba terjun dari Jambatan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Kemudian, pihak polis menerima panggilan kecemasan dan sepasukan polis terus bergegas ke tempat kejadian.

Ketika sampai di tempat kejadian, remaja perempuan itu sedang duduk di tebing jambatan sebelum cuba ditenangkan oleh anggota polis kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan.

Alhamdulillah nasiblah tiada apa-apa kecederaan yang berlaku. Walaubagaimanapun, mangsa dikatakan mengalami kemurungan dan sekarang ini sedang menjalani rawatan selepas bapanya menegur dan meramps telefon bimbitnya. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas