Connect with us

Oh! Media

Budak Lelaki 8 Tahun Cemas, Ular Tedung Masuk Dalam Baju Ketika Baring

Trending

Budak Lelaki 8 Tahun Cemas, Ular Tedung Masuk Dalam Baju Ketika Baring

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang paling korang takut ataupun geli? Rasanya ular lah kan? Tengah hari semalam, seekor ular tedung memasuki baju seorang kanak-kanak lelaki. Pergh! Seram.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, panggilan kecemasan diterima pihak bomba pada jam 12.35 tengah hari semalam dan kejadian berlaku di kuarters Balai Polis Ayer Baloi, Pontian.

Anak ular tedung itu dipercayai masuk ke dalam baju budak lelaki itu ketika dia sedang baring. Anggota bomba kemudian menggunting baju budak lelaki itu dan menangkap ular menggunakan alat penjerut.

Alhamdulillah, nasiblah adik ni tiada cedera apa-apa dan ular tersebut telah dilepaskan jauh dari penempatan awam. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas