Connect with us

Oh! Media

Budak 3 Tahun Positif Dadah Selepas Dijaga Bapa Tiri

Trending

Budak 3 Tahun Positif Dadah Selepas Dijaga Bapa Tiri

Bimbang anak berkelakuan aneh, seorang ibu telah membawa anaknya yang berusia tiga tahun mendapatkan rawatan di hospital. Hasil pemeriksaan mendapati si anak positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata siasatan awal mendapati mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai pada 14 April lalu.

Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

Bimbang melihat keadaan mangsa, si ibu telah membawanya ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine.

Katanya lagi, kini polis sedang mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran

Suspek dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas