Connect with us

Oh! Media

Budak 3 Tahun Maut Selepas Dihempap Pokok Kelapa

Budak maut dihempap pokok kelapa

Oh! Tidak

Budak 3 Tahun Maut Selepas Dihempap Pokok Kelapa

Seorang kanak-kanak lelaki yang baru saja berusia 3 tahun maut akibat dihempap pokok kelapa. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di Felda Jengka 6 pada jam 5.30 petang kelmarin. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada pagi semalam.

Pada awalnya, mangsa dikatakan sedang mengutip dahan kering bersama bapanya di belakang rumah. Ketika kejadian itu, ibu mangsa serta ahli keluarga lain turut berada di luar rumah.

Sebenarnya saya dan suami tinggal menyewa di Felda Jengka 3 dan pulang ke rumah mentua petang semalam (Sabtu).

Sebelum kejadian, terdengar bunyi ‘prak’ tiga kali sebelum pokok kelapa tua tumbang menghempap anak. Memang ia berlaku depan mata, tapi saya tak sempat buat apa-apa.

Mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik itu kemudiannya tidak sedarkan diri. Bahagian telinga dan hidung pula berlumuran darah. 

Kami menghantar anak ke HoSHAS untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Saya anggap ini ujian, takdir yang tertulis buat kami dan reda walaupun kehilangan anak bongsu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas