Connect with us

Oh! Media

Buat Transaksi Pembayaran Hingga Tujuh Kali Demi Bantu Kenalan ‘Online’, Tapi Sebenarnya..

Trending

Buat Transaksi Pembayaran Hingga Tujuh Kali Demi Bantu Kenalan ‘Online’, Tapi Sebenarnya..

Termakan dengan kata-kata manis, seorang wanita berusia 71 tahun mengalami kerugian sebanyak RM 18,000 selepas ditipu oleh seorang individu dan menjadi mangsa sindiket ‘Love Scam’ menerusi laman Facebook.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Supritendan E Sundra Rajan, insiden berlaku apabila mangsa telah berkenalan dengan suspek menerusi Facebook pada 27 Mac lalu. Hubungan itu tidak hanya berhenti di situ malah terus beralih ke aplikasi Whatsapp, lapor Berita Harian.

Gambar Hiasan

“Suspek memberitahu kepada mangsa yang dia akan berlayar menaiki kapal kargo untuk pergi ke Jepun disebabkan terlibat dengan projek membuat landasan kereta api” 

Tidak berkahir di situ, suspek memberitahu lagi mangsa yang dia ditahan dan dibawa ke Pelabuhan Melaka. Suspek meminta mangsa membuat bayaran sebagai tanda bantuan mangsa kepada suspek.

Percaya dengan kata-kata tersebut, mangsa terus meminta bantuan anak saudaranya untuk membuat pembayaran dan arahan itu dipatuhi dimana anak saudaranya membuat tujuh kali transaksi pembayaran dengan wang berjumlah RM 18,000 ke tiga akaun bank yang berbeza.

Gambar Hiasan

Tidak cukup dengan itu, suspek meminta lagi bayaran kepada mangsa atas alasan dia ditahan oleh pihak kastam disebabkan membawa sejumlah wang yang banyak. Sekali lagi mangsa meminta bantuan anak saudaranya untuk membuat pembayaran kepada suspek namun tidak dituruti kemahuan tersebut.

Anak saudara mangsa terus memaklumkan yang mangsa diperdaya oleh suspek. Oleh itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak pada 15 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahn menipu.

Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku, masyarakat dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi ‘semak mule CCID’ untuk membuat semakan terhadap nombor telefon dan nombor akaun bank sebelum membuat apa-apa urusan.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas