Oh! Tidak
Bot Bawa 90 PATI Karam Di Sempadan Malaysia-Thailand, Satu Mayat Wanita Ditemui Di Laut
Seorang individu dipercayai bayar RM13,000 untuk ke Malaysia.
Terkini! Harian Metro melaporkan sebuah bot membawa 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Bangladesh dan Rohingya dilaporkan karam di laut selepas bot pecah.
Kejadian berlaku berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand di mana enam ditemui selamat dan seorang wanita disahkan maut setakat ini.
Sindiket penyeludupan haram bawa 300 pati dalam bot besar

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, tiga hari lalu sebuah bot besar yang memuatkan kira-kira 300 pendatang asing telah memecahkan kumpulan kepada tiga bot kecil ketika menghampiri sempadan negara.
Jelasnya, setakat ini hanya sebuah bot dijumpai karam, dua lagi tidak dikenalpasti.
Menurut beliau, enam mangsa yang ditemui terdiri daripada warga Myanmar termasuk Rohingya dan Bangladesh, manakala mangsa yang maut ialah seorang wanita Rohingya yang ditemui hanyut di laut.
Bayar RM13,000 seorang untuk ke Malaysia

Adzli turut mendedahkan bahawa setiap individu membayar kira-kira RM13,000 kepada sindiket bagi perjalanan ke Malaysia.
Kapal yang bawa 300 orang bercampur, Myanmar, Bangladesh dan Rohingya sejak sebulan lalu. Mereka difahamkan membayar RM13,000 seorang dan ada yang hingga menjual tanah untuk membayar sindiket datang ke sini.
Kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Pasukan Polis Marin (PPM) bagi mengesan baki mangsa dan dua lagi bot yang masih hilang.
Pssttt! Tragedi ini bukan sekadar kisah pelarian, tetapi bukti kerakusan sindiket yang sanggup memperjudikan nyawa manusia demi wang. Semoga usaha pihak berkuasa dapat menamatkan kegiatan tidak berperikemanusiaan ini agar tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM