Connect with us

Oh! Media

Bisikan Ghaib Punca Pasangan Buang Bayi?

bisikan ghaib

Trending

Bisikan Ghaib Punca Pasangan Buang Bayi?

Kejadian di Sidoarjo, Indonesia, pasangan suami isteri telah memberitahu polis bahawa mereka terpaksa membuang bayi yang baru dilahirkan selepas mendengar bisikan ghaib.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Yang Baru Dilahirkan Remaja Wanita Meninggal Dunia, Dibuang Teman Lelaki Sendiri Dalam Semak

Menerusi laman Utusan, seorang wanita yang menemukan bayi dibelakang rumahnya telah membuat laporan polis dan tidak lama kemudian, sepasang suami isteri telah datang ke balai membuat pengakuan bahawa bayi tersebut milik mereka.

Bisikan menyuruh pasangan meninggalkannya

bisikan ghaib
Bayi perempuan yang ditinggalkan (Foto: Utusan)

Bayi perempuan yang dijumpai itu dianggarkan baru berusia seminggu dan ibu bapanya membuangnya kerana mendengar bisikan dari suara orang lelaki tua.

Pasangan suami isteri itu menceritakan, mereka menaiki motosikal ke Sidoarjo sambil menggendong bayi mereka dan ketika tiba di Desa Jabaran, mereka mendakwa terdengar bisikan ghaib yang kedengaran seperti suara lelaki tua.

Bisikan itu menyuruh pasangan tersebut meletakkan bayinya di depan sebuah rumah dan meninggalkannya sebelum mereka pulang ke rumah. – Polis

Pasangan itu tidak menyedari kehilangan anak mereka sehinggalah sampai ke rumah. Mereka menyatakan bahawa tidak sedar langsung mengenai kejadian yang berlaku. Mereka menemukan bayi itu selepas tular mengenai kehilangan anak di media sosial.

Polis masih lagi menyiasat perkara ini dan bayi tersebut akan berada di bawah penjagaan pusat kebajikan sehingga siasatan selesai. Pelik, mungkin pasangan ini terdengar bisikan syaitan atau sebaliknya? Semoga siasatan polis dapat menjawab tanda tanya yang berlaku ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas