Connect with us

Oh! Media

Bingkai Kaca Mata Mahatma Gandhi Akan Dilelong Dengan Harga Cecah RM55k

mahatma gandhi

Trending

Bingkai Kaca Mata Mahatma Gandhi Akan Dilelong Dengan Harga Cecah RM55k

Mahatma Gandhi, Bapa Negara India memiliki sepasang bingkai kaca mata yang bersalut emas 10 karat dijangka dapat dilelong pada harga mencecah £10,000 iaitu RM55,799.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Sebab Kenapa Rumah Dilelong Dan Aset Muhammad Sajjad Dirampas Mahkamah Tinggi

Menerusi laporan Kosmo, bingkai emas itu dibeli oleh bapa kepada individu yang melelong memorabilia itu di sebuah kedai antik di Gujarat, India dengan harga hanya £50, iaitu RM279 pada ketika itu.

Tak sedar nilai ukiran yang ada pada kaca mata itu

mahatma gandhi

Difahamkan, pemilik kedai antik tersebut tidak sedar akan nilai sebenar bingkai tersebut yang memiliki ukiran bertulis ‘1/20 10 MK Gandhi’. Bingkai itu kini diwarisi oleh penjual yang sekarang ini menetap di Britain. Pemilik tersebut mahu melelong bingkai itu melalui firma lelongan William George.

Bingkai itu dibeli dari sebuah kedai antik kecil di Ahmedabad, Gujarat.

Pedagang kedai antik itu mendapatkan bingkai tersebut yang diukur dalam berat emas, selain dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak sedar akan nilai ukiran yang terdapat padanya.

Kami berasa teruja untuk mengetengahkan bingkai kaca mata ini ke pasaran.

Menurut Kosmo, semasa Mahatma Gandhi masih hidup, beliau selalu menghadiahkan kaca mata dan barangan miliknya serta tidak pernah menjualnya. Untung betul sekarang ini pemilik bingkai tersebut dapat menjualnya dengan harga yang sangat tinggi berbanding dengan harga RM279 semasa dia membelinya dulu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas