Connect with us

Oh! Media

“Bila Dia Dah Tiada, Saya Jadi…” – Shuib Akui Tidak Mudah Hidup Tanpa Sarah

shuib

Trending

“Bila Dia Dah Tiada, Saya Jadi…” – Shuib Akui Tidak Mudah Hidup Tanpa Sarah

Shuib Sepahtu, pelawak dan usahawan terkenal yang kehilangan isteri kesayangannya, Siti Sarah Raisuddin, pada 9 Ogos mengakui bahawa hidupnya kini tidak sama seperti dulu.

ADVERTISEMENT

BACA: Disoal Tentang Pengganti Posisi Isteri, Ini Respon Balas Shuib

Menerusi laman Utusan, Shuib menyatakan bahawa dia bukanlah seseorang yang mudah untuk berkongsi masalah dengan orang lain, lebih-lebih lagi selama ini dia selalu berkongsi cerita dan masalah dengan Allahyarhamah isterinya.

Sentiasa cuba berikan yang terbaik buat anak-anak

shuib

Sejak pemergian Allahyarhamah, Shuib teruskan perjuangannya sebagai bapa tunggal dan cuba sehabis baik untuk menjadi bapa terbaik buat anak-anaknya. Dia mengakui bahawa sangat sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal.

Mungkin orang di luar boleh berkata apa sahaja. Tetapi ini adalah perasaan saya. Sebenarnya tidak mudah hidup ini tanpa kehadiran Sarah di sisi. Selama ini dia sentiasa ada dengan saya. Hampir semua perkara kami buat sama-sama.

Kalau ada masalah peribadi, dalam bisnes sekali pun, kami sama-sama saling merujuk antara satu sama lain. Bila dia dah tiada, saya jadi kekok. Nak rujuk dengan siapa?

Bukan dengan semua orang kita boleh kongsikan masalah kita. Banyak perkara yang kami kongsi bersama sebelum ini.

Meluahkan perasaan semasa ziarah kubur

shuib

Shuib mengatakan bahawa dia sering menziarahi kubur arwah isterinya dan meluahkan perasaannya di situ.

Itulah yang saya lakukan, sampai sekarang. Bila ada masalah, saya tak kongsikannya dengan orang lain. Walaupun dengan ibu atau mentua.

Saya akan luahkannya semasa menziarahi kubur arwah. Di selang waktu, saya akan bertemu dengan doktor peribadi yang merawat Sarah dulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Penting juga sebab apabila sering dirundung emosi, tubuh badan kita juga secara tak langsung akan terjejas.

Semoga Shuib terus kekal sihat dan diberi kekuatan untuk menjadi seorang bapa tunggal. Sama-sama kita doakan agar Shuib diberi ketabahan dalam mengharungi semua dugaan yang menimpanya dan menjadi ayah yang baik, yang boleh dijadikan contoh buat anak-anaknya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas