Connect with us

Oh! Media

Bertugas Pukul 2 Pagi, Pegawai Kesihatan Terkejut Lihat Pocong Berdiri Tengah Jalan

Trending

Bertugas Pukul 2 Pagi, Pegawai Kesihatan Terkejut Lihat Pocong Berdiri Tengah Jalan

Umum mengetahui, tugas sebagai pegawai kesihatan merupakan pekerjaan yang dikira sukar serta perlu berkorban nyawa serta masa dalam memberikan komitmen dalam sesuatu tugas.

ADVERTISEMENT

BACA: Terima Panggilan ‘Misteri’, Perkongsian Pegawai Perubatan Ini Buat Netizen Meremang

Hal itu kerana kematian atau kemalangan adalah perkara yang sukar dijangka dan mereka akan sentiasa bersiap sedia walaupun terpaksa bertugas hingga lewat pagi.

Namun, disebalik susah payah mereka, terdapat juga beberapa kejadian mistik yang pernah berlaku kepada mereka sehingga ada yang berjaya merakam ‘kejadian’ itu.

Pegawai Kesihatan terkejut, lihat penampakan pocong di tengah jalan

Perkara sama turut berlaku kepada seorang pegawai kesihatan yang telah berkongsikan pengalaman seram yang berlaku terhadap rakannya ketika bertugas pada lewat pagi.

Menerusi hantaran dari pengguna Twitter bernama @MA Kg. Pisang, dia telah memuat naik sebuah rakaman memaparkan penampakan pocong yang berdiri di hadapan sesebuah rumah.

https://twitter.com/mtbgaaa/status/1458331498050822145

Bercerita mengenai kejadian, rakannya telah menerima panggilan dari Call Centre pada pukul 2 pagi bagi mengesahkan kematian terhadap satu jenazah dan perlu datang ke rumahnya.

Dia juga turut menghubungi pemandu ambulans bagi melakukan persiapan untuk berangkat sambil mengenakan pakaian pelindung diri (PPE).

Setibanya di rumah arwah, pemandu mengalami kesukaran untuk meletakkan kenderaan oleh sebab terlalu ramai orang berkumpul dan menyuruhkan rakannya untuk turun terlebih dahulu untuk selesaikan urusan jenazah.

Pemandu Ambulans tergamam, beranikan diri rakam penampakan

Ketika sudah berjaya mendapatkan parking, pemandu tersebut dikejutkan dengan penampakan pocong yang berdiri di tengah jalan ketika dalam perjalanan menuju ke rumah tersebut.

Dalam keadaan yang tergamam, dia terus memberanikan diri dengan mengeluarkan telefon pintarnya sebelum merakam penampakan itu yang jelas kelihatan sambil disinari bawah cahaya lampu jalan.

Walaubagaimanapun, pemandu itu hanya bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku nak meneruskan pekerjaannya sehinggalah pulang dari rumah berkenaan. Dia hanya memberitahu rakannya ketika sampai ke kilinik.

Menurut hantaran itu juga, dia turut merahsiakan tempat serta lokasi kejadian bagi menghormati arwah selain turut berharap agar kita semua sentiasa dilindungi dari gangguan Jin dan Syaitan.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian itu selain berharap agar segala urusan pegawai kesihatan itu sentiasa dipermudahkan.

Kredit: Twitter MA Kg. Pisang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas