Connect with us

Oh! Media

Bertahun Terpisah, Adik-Beradik Ditemukan Dengan Ajal

Trending

Bertahun Terpisah, Adik-Beradik Ditemukan Dengan Ajal

Semalam, satu kejadian kemalangan maut telah menemukan dua beradik yang telah terpisah selama lima tahun lamanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mereka Anak Yang Sangat Baik, Dididik Berkasih Sayang” – Keluarga Dedah Adik-Beradik Rapat

Perkhabaran duka itu hanya dapat diketahui oleh abang mangsa melalui satu posting yang tular di Facebook, meskipun abangnya itu telah mencari adiknya dalam tempoh yang lama.

Terpisah sejak 2016

Menurut abang mangsa, Syaharuddin Arsyad, dia telah mencari adik perempuannya itu dalam tempoh yang lama, namun sentiasa menemui jalan buntu untuk berjumpa dengannya.

Kami berasal daripada Semporna, Sabah. Enam daripada 10 orang beradik termasuk arwah merantau ke Semenanjung, namun kali terakhir kami bertemu pada 2016 dan selepas itu arwah dan suaminya tidak dapat dihubungi.

Kemalangan maut itu telah mengorbankan adik perempuannya, Nuratika Arsyad, bersama-sama dengan anak lelakinya serta kandungannya yang berusia enam bulan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas