Connect with us

Oh! Media

Berkat Bantuan Sahabat, Warga Emas Hampir Temui Ajal Selepas Rumah ‘Dijilat’ Api

Trending

Berkat Bantuan Sahabat, Warga Emas Hampir Temui Ajal Selepas Rumah ‘Dijilat’ Api

Baru-baru ini, seorang warga emas hampir menemui ajal selepas rumah yang didiami bersama sahabatnya berhampiran Hospital Kemaman musnah dijilat api.

ADVERTISEMENT

BACA: 10 Rumah Hangus Terbakar Di Tawau

Kejadian yang berlaku pada pukul 12.20 malam tadi menyaksi mangsa, Othman Salleh dan sahabatnya, Ismail Ali tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma terpaksa reda tinggal sehelai sepinggang.

Sumber: Facebook

Bercerita mengenai kejadian, dia pada awalnya sedang tidur sebelum mendengar jeritan kuat sahabatnya dari luar rumah yang menyuruhnya keluar oleh kerana api yang kian marak.

Waktu itu, sahabat saya baru pulang dari kedai berhampiran. Sebaik tersedar, saya dapat rasa bahang panas dengan api sedang marak dari bahagian sebuah bilik.

Api semakin marak, terkilan tak sempat selamatkan barang berharga

Selain itu, warga emas berusia 76 tahun itu bagaimanapun turut berasa terkilan oleh kerana gagal menyelamatkan sebarang barang berharga kepunyaannya.

Saya terkilan tidak dapat menyelamatkan telefon bimbit untuk memberitahu kejadian ini kepada adik-beradik lain. 

Saya cuba mengambil duit simpanan dalam almari, tetapi gagal kerana tidak jumpa kunci dan api merebak dengan cepat.

Sumber: Facebook

Tambahnya lagi, dia tidak pernah berkahwin dan hanya menumpang di rumah sahabat itu. Kini, mereka terpaksa berteduh di Balai Raya Kampaung Dato’ Chukai buat sementara waktu.

ADUN Chukai zahir rasa simpati, berusaha salur bantuan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turut bersimpati akan nasib yang menimpa mangsa.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau menerima panggilan kecemasan daripada pihak JPKK Jalan Dato’ yang memberitahu akan kejadian tersebut.

Selain itu, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu mereka dari segi kelengkapan tempat tidur buat sementara waktu serta bantuan lain yang akan menyusul.

Dalam pada itu, beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama sekali kepada JPKK, anggota Bomba, Polis dan JKM kerana peka dari segi memberikan bantuan kepada penduduk kampung.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia I Facebook HAJI HANAFIAH MAT

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas