Connect with us

Oh! Media

Berita Kematian Palsu, Pak Lah Sedang Bercuti Bersama Keluarga

berita kematian

Trending

Berita Kematian Palsu, Pak Lah Sedang Bercuti Bersama Keluarga

Sekali lagi, tular berita kematian mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di media sosial dan bekas Setiausaha Akhbar Pak Lah, Izad Raya telah pun menafikan dakwaan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Berita Bekas PM, Tun Abdullah Badawi Meninggal Dunia Adalah Palsu

Menurut laporan Kosmo, khabar angin itu tidak benar dan Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya yang tercinta di dalam negara.

Pak Lah sihat walafiat

berita kematian

Izad Raya menyatakan bahawa dia telah memastikan berita itu dengan anak bekas Perdana Menteri itu, bahawa ayahnya sihat walafiat.

Berita kematian Pak Lah adalah palsu kerana saya sudah semak dengan anaknya bahawa Pak Lah masih sihat.

Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara.

Sudah beberapa kali berita kematian Pak Lah tersebar di media sosial. Harap selepas ini tiada golongan yang buat berita palsu dan mendakwa perkara seperti ini lagi. Orang sihat dikatakan sudah meninggal dunia, kan tak baik tu?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas