Connect with us

Oh! Media

Berang Isteri Tak Pulang, Lelaki Lepas ‘Geram’ Bakar Kereta Saudara

Oh! Tidak

Berang Isteri Tak Pulang, Lelaki Lepas ‘Geram’ Bakar Kereta Saudara

Gara-gara berang isteri tidak pulang ke rumah, seorang lelaki bertindak membakar kereta milik saudaranya di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri. Difahamkan, sejak 1 Mac lalu isteri tidak balik selepas berlaku salah faham di antara mereka.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan pemilik kereta berusia 22 tahun menyedari kejadian selepas mendengar bunyi penggera kereta. Ketika itu, mangsa berada di rumah.

Sekadar gambar hiasan

Sebaik menjenguk keluar, mangsa mendapati kereta sudah terbakar di bahagian tayar sebelah kiri. Mangsa cuba memadamkan kebakaran namun gagal menyebabkan api merebak.

Pada masa yang sama, pengadu meminta bantuan bomba. Api berjaya dipadamkan oleh bomba tetapi hampir keseluruhan kereta itu mengalami kerosakan akibat terbakar.

Berpandukan maklumat daripada mangsa, polis menahan suspek di tepi Jalan Indah 5/5, Taman Bukit Indah.

Kata Dzulkhairi lagi, mangsa dipercayai mengenali suspek dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes seksyen 395/397 Kanun keseksaan.

Isteri suspek dipercayai berada di dalam rumah saudaranya semasa kejadian berlaku.

Hasil saringan air kencing menunjukkan negatif dan kes kini disiasat di bawah seksyen 435 Kanun keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas