Connect with us

Oh! Media

Rasa Ada ‘Benda’ Sejuk Atas Perut Waktu Tidur, Bila Tengok Rupa-Rupanya ..

Trending

Rasa Ada ‘Benda’ Sejuk Atas Perut Waktu Tidur, Bila Tengok Rupa-Rupanya ..

Ya Allah, kami yang baca pun rasa seram, inikan pula yang alaminya sendiri. Pernah ke waktu korang tidur, tiba-tiba ada benda tak diundang tumpang tidur sekali? Inilah yang dialami oleh seorang gadis di Melaka.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, waktu Nurul Atikah Ismail sedang tidur di rumahnya lebih kurang pukul 3 pagi, tiba-tiba dia rasa ada benda sejuk dekat perutnya. Dia pun memanggil ibunya, Rohana Jaafar untuk datang tengok. Rupa-rupanya, ada ular gais!

Ular tersebut ialah ular Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga Dendrophila, sejenis ular yang berbisa. Kata Rohana, dia ingatkan anaknya mengigau sebab penat baru balik kerja dari Kuala Lumpur. Bila buka lampu, tengok ular tu dah pun menyusur ke kaki Nurul.

“Saya bagaimanapun bergegas pergi memeriksa biliknya. Sebaik lampu bilik dinyalakan, ular itu dilihat menyusur ke kaki Nurul menyebabkan Nurul menangis ketakutan. Dalam keadaan cemas itu, makcik terus menelefon saudara di sebelah rumah untuk meminta bantuan.” – katanya.

Awalnya, anak saudara Rohana, Azman Hasan menghalau ular tersebut menggunakan kayu supaya Nurul dapat keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian, 4 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah tiba dan menangkap reptilia tersebut.

“Ular sepanjang 1.5 meter itu akhirnya berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh daripada penempatan penduduk”

Syukur Nurul selamat dan tak hadapi apa-apa kecederaan. Ya Allah, harapnya dijauhkan dari situasi macam ni. Kalau kena, mahu tergamam tak tahu nak buat apa. Ular berbisa, jangan dibuat main!

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas